Salam...Untuk post kali ini saya aku bercerita berkenaan dengan apa yang kami belajar dalam minggu ke-8. Bagi minggu ini, kami belajar untuk membuat administration page bagi sesebuah laman web. Seperti yang kita sedia maklum, sesebuah laman web biasanya akan di buat oleh seorang atau beberapa admin. Maka, harus untuk seseorang admin itu untuk mempunyai page mereka sendiri untuk menguruskan laman web tersebut seperti menguruskan data pengguna.
Sebelum mula untuk membuat page untuk admin ni, Prof.Zaida mengarahkan kami untuk install FXPHPMissingTools121.mxp. Fail ini boleh didapati dengan memuatturunnya daripanda link ini. Untuk memastikan tools ini telah di'install' dengan betul, anda boleh pergi ke dreamweaver dan terus ke server behaviour lepas tu pergi ke go to detail page/go to related page. Extension ini berguna untuk menyenaraikan atau mengedit maklumat lengkap mengenai pengguna laman web kita.
Seterusnya, kita boleh teruskan dengan membuat admin page. Secara umumnya admin page tidak banyak beza dengan laman pengguna. Untuk membuat admin page kita boleh edit daripada apa yang telah kita buat pada laman pengguna. Maka, dari laman pengguna yang telah kita buat, kita boleh edit dan sesuaikan ia dengan keperluan admin seperti login for admin, edit user, delete user, view user dan logout.
0 comments:
Post a Comment