#11 BASIC ADOBE FLASH CS3 PROFESSIONAL

Helloooo...! This week kitorang mula belajar flash. Untuk kali ini, Dr.Zaida telah memberi kami ipad bagi membantu proses pembelajaran kami dalam flash. Satu ipad akan dikongsi dua orang dan saya berkongsi dengan farhah.  Kemudian, Dr.Zaida memberi kami test untuk mengetahui tahap pengetahuan asas kami mengenai flash. Bagi saya yang tiada basic mengenai flash, memang agak sukar la untuk menjawab soalan-soalan yang diberikan. hehe. Nasib sebelum ini saya ada pengalaman menggunakan adobe photoshop dan ada beberapa tools yang hampir sama function dengan adobe flash. Itu pon sikit2 je lah kan. hehe. So, lepas ni harus belajar lebih lagi pasal flash ni. huhu.

Dalam ipad yang diberi telah di'install'kan beberapa apps yang akan membantu pembelajaran kami mengenai flash. Untuk minggu ini, kami belajar apps 1 dan 2 dan membuat dua aktiviti yang berkaitan dengan apps tersebut. Bagi apps 1, ia lebih kepada pengenalan kepada interface dalam Adobe Flash. Dibawah ini merupakan interface bagi apps 1 di dalam ipad...


Seperti yang dapat dilihat dalam gambar di atas, dalam apps 1 kami banyak belajar mengenai interface dalam flash, aplikasi dalam flash serta jenis-jenis interaksi. Dibawah ini pula adalah interface bagi apps 2. Secara umumnya dalam apps 2 ini kami belajar mengenai basic drawing, coloring dan juga drawing button.


Macam yang saya dah katakan sebelum ini, setiap satu apps ini kami diberikan satu aktiviti. Untul apps 1, kami diberi aktiviti satu iaitu berkaitan dengan pengenalan berkenaan interface dalam flash. Kami juga perlu menyatakan jenis interaksi yang ada serta fungsinya. Manakala, aktiviti 2 yang berkaitan dengan apps 2, kami telah membuat aktiviti berkaitan dengan drawing. Dalam aktiviti ini, kami perlu melukis mengikut guide gambar yang diberikan serta menjelaskan jenis tool yang kami gunakan dalam melukis dan mewarna. Dibawah ini merupakan gambar yang perlu kami lukis.


Maka, saya pun mencuba la untuk membuat aktiviti ini.  Dalam aktiviti ini saya menggunakan line tool dan shape tool untuk melukis dan paint bucket tool untuk mewarna. Untuk mendapatkan tone warna, kita boleh mengubah warna tersebut di ruangan 'color'. Dibawah ini merupakan hasil lukisan saya yang tak pandai dalam art ni. hehehe. jangan gelak k? :P


Selain itu, dalam aktiviti 2, kami juga perlu meng'explore' serta menggunakan onion skin tool dan menukarkannya kepada graphic symbol. Konsep bagi onion skin tool adalah 'tracing' ataupun menekap. Dalam onion skin tool ini kita akan menghasilkan satu grafik dari grafik yang asal dengan mengurangkan opacity untuk frame semasa dan mula menekap pada frame kedua. Gambar dibawah ini merupakan hasil  percubaan pertama tracing saya :)


Seperti yang ditunjukkan diatas, lukisan grafik yang sebelah kanan merupakan hasil tracing saya manakala yang sebelah kiri merupakan gambar original. Antara tools yang saya gunakan untuk melukis pikachu ini adalah line tool, oval tool dan pencil tool. Bagi proses mewarna pula, seperti biasa saya menggunakan paint bucket tool dan juga mengurangkan opacity warna yang dipilih bagi mendapatkan warna yang lebih pudar untuk bayang-bayang pada badan pikachu tersebut.

Sebenarnya saya buat aktiviti tracing ni bila kat rumah. So, adik-adik pon datang tengok dan berminat pulak. hehe. Jadi kami pon bekerjasama untuk mencuba trace gambar orang pulak. Kami cuba untuk trace gambar aaron aziz serta gambar adik saya sendiri Yuhanis Khalida dan dibawah ini adalah hasilnya..hehe :)





Rasanya itu sahaja yang ingin saya kongsikan untuk minggu ini. Kalau nak tengok hasil lukisan classmate saya yang lebih cantik dan artistik dari saya boleh la ke laman facebook kami! hehe. Untuk penerangan lebih lanjut dan dalam mengenai apps 1 dan 2 di dalam ipad seperti yang saya ceritakan sebelum ini boleh ke blog kakwan. Kak wan ada ceritakan details yang ada dalam apps tersebut. Till then! Sambung minggu depan pulak. hehehe

#10 MID SEMESTER BREAK

Haaaiiii! This week is semester break! So, happy holidayyyy! :D

#9 ONLINE SURVEY & INTRO TO FLASH

Hai2! Untuk minggu ke-9 ni adalah minggu terakhir kami belajar dreamweaver. So, untuk sesi yang terakhir ini, Prof.Zaida telah mengajar kami cara-cara membuat online survey/quiz. Berikut merupakan antara contoh online survey...



Haaa... tu la dia rupanya online survey...maka,dalam kelas ini kami belajar untuk membuat online survey ini menggunakan PHP dan MySQL. Pertama sekali, untuk membuat online survey ini sudah pasti kita perlu membuat satu table baru dalam database. Kemudian, seperti biasa, kita perlu membuat satu fail php di dalam dreamweaver untuk membuat form survey yang diingini. Dalam kelas ini, kami belajar membuat online survey form ini dengan menggunakan radio group. Maka, setelah memasukkan soalan yang dikehendaki, kita perlu pergi ke insert -> form -> Radio Group. Simple kan? Seterusnya, setelah selesai boleh lah simpan dan tambah apa-apa lagi yang anda kehendaki mengikut citarasa sendiri. heheheh... 

Okay...now move to adobe flash. 



Sebenarnya aku quite excited nak blaja flash ni sebab tgk mcm best je hasil dari orang yang guna flash. huhu. Orang xde basic la katakan..hehe. So, in this class i will try my best to learn about flash. Dalam kelas minggu ini, kami hanya diperkenalkan dengan adobe flash. Kemudian, Prof.Zaida menyuruh kami untuk mempelajari dengan sendiri sedikit sebanyak tentang flash. Prof . Zaida juga ada menerangkan serba sedikit mengenai sejarah adobe flash yang sebelum ini dipunyai oleh macromedia dan kemudiannya telah dibeli oleh adobe pada tahun 2005. Mungkin setakat ini sahaja untuk kali ini...kita tunggu minggu depan untuk pelajaran selanjutnya mengenai flash. :)

#8 ADMINISTRATION PAGE

Salam...Untuk post kali ini saya aku bercerita berkenaan dengan apa yang kami belajar dalam minggu ke-8. Bagi minggu ini, kami belajar untuk membuat administration page bagi sesebuah laman web. Seperti yang kita sedia maklum, sesebuah laman web biasanya akan di buat oleh seorang atau beberapa admin. Maka, harus untuk seseorang admin itu untuk mempunyai page mereka sendiri untuk menguruskan laman web tersebut seperti menguruskan data pengguna.

Sebelum mula untuk membuat page untuk admin ni, Prof.Zaida mengarahkan kami untuk install FXPHPMissingTools121.mxp. Fail ini boleh didapati dengan memuatturunnya daripanda link ini. Untuk memastikan tools ini telah di'install' dengan betul, anda boleh pergi ke dreamweaver dan terus ke server behaviour lepas tu pergi ke go to detail page/go to related page. Extension ini berguna untuk menyenaraikan atau mengedit maklumat lengkap mengenai pengguna laman web kita.

Seterusnya, kita boleh teruskan dengan membuat admin page. Secara umumnya admin page tidak banyak beza dengan laman pengguna. Untuk membuat admin page kita boleh edit daripada apa yang telah kita buat pada laman pengguna. Maka, dari laman pengguna yang telah kita buat, kita boleh edit dan sesuaikan ia dengan keperluan admin seperti login for admin, edit user, delete user, view user dan logout.

#7 ASSIGNMENT PHP

Hehai semua! Minggu ini tiada kelas seperti minggu-minggu lepas. Dr Zaida ada tugasan luar. Akan tetapi, tiada kelas tidak bermakna tidak belajar! hehe. Dr. Zaida telah tinggalkan tugasan untuk kami lakukan pada minggu ini. Tugasan ini adalah tugasan berkumpulan yang mana kami perlu membuat registration page untuk pengguna seperti yang telah diajar di dalam kelas. Dalam tugasan ini kami diberi pilihan sama ada ingin menggunakan languange ASP atau PHP. Kumpulan kami telah memutuskan untuk membuat tugasan ini dalam PHP kerana kami dapati MySQL lebih user-friendly dan senang di fahami. Tugasan kali ini agak mudah dan senag untuk difahami kerana kami telah membuatnya di dalam kelas. Kami hanya mengulang kaji semula apa yang telah di lakukan didalam kelas dengan mengikut langkah-langkah yang telah di berikan di dalam handout yang diberikan oleh Dr.Zaida. Di sini saya kongsikan link video bagi langkah mudah untuk membuat registration page. 

#6 USER AUTHENTICATION


Salam...

Sedar tak sedar dah minggu ke-6 dah. Minggu ni kelas start dengan agak kelam kabut sikit kerana ramai yang ada masalah nak copy balik file yang buat pada kelas minggu lepas kat dalam local disk C. Mungkin masing-masing masih dalam mood konvo? hehe. Tapi semuanya dapat diselesaikan dengan tunjuk ajar dari Dr.Zaida dan kerjasama dari rakan-rakan.

Untuk minggu ini, kami sambung belajar mengenai PHP dan MySQL dan kelas kali ini adalah lebih fokus kepada membuat page untuk registration dan user authentication. Terdapat 4 jenis user authetication iaitu log in user,log out user, restrict access to page dan check new username.

Log In User

Pertama sekali, page untuk pendaftaran haruslah dibuat untuk membenarkan pengguna memasukkan details mereka. Seterusnya, dengan menggunakan fungsi log in user pada user authentication, pengguna boleh mengakses sesuatu laman web dengan memasukkan username dan password.

Restrict Access to Page

Fungsi ini pula membolehkan admin menghadkan akses laman web tersebut mengikut level akses. Contohnya, page bagi maklumat peribadi pengguna hanya boleh di akses oleh admin pertama sahaja dan tidak boleh di akses oleh admin kedua atau ketiga. Maklumat lanjut mengenai restrict access to page ini boleh didapati di sini dan ini video untuk step restrict access to page.

Check New Username

Fungsi ini pula adalah untuk mengelakkan pengguna baru menggunakan username yang sama dengan pengguna sedia ada. Satu username hanya untuk satu pengguna sahaja. Sekiranya terdapat pengguna baru yang ingin menggunakan username yang sama dengan pengguna sedia ada, satu message akan dikeluarkan untuk menyatakan bahawa username itu telah digunapakai. Akan tetapi, fungsi check new username ini tidak boleh digunakan untuk PHP. Ia hanya boleh digunakan sekiranya menggunakan ASP languange. Saya ada terbaca sekiranya ingin menggunakan fungsi ini dalam PHP, anda perlu menggunakan GET and POST method. Tapi sejauh mana kebenarannya masih belum saya ketahui sebab saya sendiri masih belum mencubanya! haha.

Setakat ini yang dapat saya kongsikan untuk minggu ini. Till then. Wasalam..





up