Salam...
Sedar tak sedar dah minggu ke-6 dah. Minggu ni kelas start dengan agak kelam kabut sikit kerana ramai yang ada masalah nak copy balik file yang buat pada kelas minggu lepas kat dalam local disk C. Mungkin masing-masing masih dalam mood konvo? hehe. Tapi semuanya dapat diselesaikan dengan tunjuk ajar dari Dr.Zaida dan kerjasama dari rakan-rakan.
Untuk minggu ini, kami sambung belajar mengenai PHP dan MySQL dan kelas kali ini adalah lebih fokus kepada membuat page untuk registration dan user authentication. Terdapat 4 jenis user authetication iaitu log in user,log out user, restrict access to page dan check new username.
Log In User
Pertama sekali, page untuk pendaftaran haruslah dibuat untuk membenarkan pengguna memasukkan details mereka. Seterusnya, dengan menggunakan fungsi log in user pada user authentication, pengguna boleh mengakses sesuatu laman web dengan memasukkan username dan password.
Restrict Access to Page
Fungsi ini pula membolehkan admin menghadkan akses laman web tersebut mengikut level akses. Contohnya, page bagi maklumat peribadi pengguna hanya boleh di akses oleh admin pertama sahaja dan tidak boleh di akses oleh admin kedua atau ketiga. Maklumat lanjut mengenai restrict access to page ini boleh didapati di sini dan ini video untuk step restrict access to page.
Check New Username
Fungsi ini pula adalah untuk mengelakkan pengguna baru menggunakan username yang sama dengan pengguna sedia ada. Satu username hanya untuk satu pengguna sahaja. Sekiranya terdapat pengguna baru yang ingin menggunakan username yang sama dengan pengguna sedia ada, satu message akan dikeluarkan untuk menyatakan bahawa username itu telah digunapakai. Akan tetapi, fungsi check new username ini tidak boleh digunakan untuk PHP. Ia hanya boleh digunakan sekiranya menggunakan ASP languange. Saya ada terbaca sekiranya ingin menggunakan fungsi ini dalam PHP, anda perlu menggunakan GET and POST method. Tapi sejauh mana kebenarannya masih belum saya ketahui sebab saya sendiri masih belum mencubanya! haha.
Setakat ini yang dapat saya kongsikan untuk minggu ini. Till then. Wasalam..
0 comments:
Post a Comment