#5 PHP & MySQL

Hai2! Seperti yang dijanjikan pada minggu lepas, minggu ini kami belajar mengenai PHP dan MySQL. Sebelum kita pergi lebih lanjut, saya akan terangkan apa itu MySQL dan PHP. MySQL adalah database yang merupakan tempat untuk menyimpan data. Fungi MySQL adalah sama seperti Mic.Access yang telah kami pelajari dalam kelas-kelas yang lepas. Maklumat lanjut mengenai MySQL boleh didapati di http://www.mysql.com/. PHP pula adalah language yang digunakan untuk membuat web yang mempunyai sama fungsi seperti ASP. phpMyAdmin pula adalah sejenis software yang ditulis dalam bentuk PHP yang membenarkan anda menggunakan fungsi database MySQL. Ini pula link untuk belajar lebih lanjut lagi mengenai phpMyAdmin.

Secara umumnya, cara membina laman web menggunakan PHP hampir sama dengan ASP. Bezanya adalah, testing server yang digunakan untuk PHP adalah apache dan bukan IIS seperti ASP. Peringatan kepada semua, untuk mengaktifkan testing server apache, IIS perlu dihentikan dahulu kerana kedua-dua testing server ini menggunakan port yang sama iaitu port 80. Sekiranya anda ingin menggunakan kedua-dua testing server anda perlu menggunakan port yang berlainan. Setelah anda hentikan IIS, anda boleh mula run apache dan MySQL dengan menggunakan xampp. Xampp adalah sejenis virtual server yang digunakan untuk run program atau fail php dan mysql. 

Langkah seterusnya, seperti ASP, kami perlu create site, insert form, connection, insert record , recordset dan lain-lain di dalam dreamweaver. Rasanya itu sahaja yang ingin saya kongsikan untuk minggu ini. Ouh ya, saya sebenernya pernah belajar serba sedikit mengenai PHP semasa degree dahulu. Tetapi ia sedikit berbeza kerana dahulu lebih banyak menggunakan coding instead of using design in dreamweaver. hehe :)

#4 REVISION & ASSIGNMENT

Hai2! Minggu keempat. Kejap je dah minggu empat. Rasa macam baru je daftar masuk semalam. hehe. Okay, untuk kelas authoring minggu ini Dr Zaida telah membuat ulangkaji berkaitan kelas yang lepas kerana ramai yang bermasalah dalam tugasan yang diberi minggu lepas. So, Dr Zaida ulang balik lesson minggu lepas yang macam saya cerita dalam ini. Untuk itu, saya tak akan cerita balik la apa yang Dr Zaida dah ajar. Untuk entry kali ini, saya akan cerita mengenai tugasan yang diberikan kepada kami minggu lepas. Tugasan ini adalah tugasan berkumpulan. Kami perlu develop satu page berkenaan registration. Alhamdulillah, kumpulan saya (nadiah, farhah, ana) telah berjaya menyiapkan tugasan ini sebelum dateline walaupun terdapat beberapa masalah yang kami hadapi. 

Dibawah ini adalah registration page untuk kumpulan kami.


Dan ini adalah registration details. (view)


Haaa, cantik tak page kami? Cantik kan? hahaha. Tak cantik pon kene kata cantik gak :p

Kalau perasan, dekat registration details kitorang tu, dari nombor 3 terus lompat nombor 11. hehe. Ceritanya macam ni, masa kami testing untuk page kami ni, pakai hentam je masukkan data merepek. Lepas tu masa nak hantar kat Dr Zaida, kami  kekonon nak delete la data yang merepek tu. Tapi lupa pulak yang database guna ID autonumber. Then, hasilnya jadi la macam tu. haha. Pengajaran untuk lepas2 ni. hehehe

Rasanya itu sahaja yang dapat saya kongsikan disini untuk kali ini. Kami diberitahu untuk kelas seterusnya kami akan belajar mengenai PHP. Masa degree dulu ada lah belajar sikit2 pasal PHP ni. Harap2 masih ada la dalam ingatan. hehehe






#3 ASP - IIS - ACCESS

25 September 2012. Kelas ketiga untuk subjek authoring system. Kali ni aku rasa kelas ini makin best! Walaupun dah lalui hari dengan jadual yang penuh dan penat aku tetap boleh nak fokus dalam kelas. Ni semua kerana usaha gigih dan cara pengajaran Dr.Zaidatun. Seperti yang Dr.Zaida ada sebut dalam kelas, tiada lecturer dari FSKSM akan ajar satu-satu macam dia ajar.I'm impressed! Biasanya kami dalam FSKSM akan mudah lost bila lecturer ajar step2 macam ni. Sebab apa lost? Sebab bila error atau terlepas lecturer tak akan ulang balik dan rakan-rakan pon tak berapa pasti macam mana nak solve. So, aku sangat bersyukur dapat lecturer seperti Dr.Zaida. Thanx a lot! :)

Okay, sekarang kita cerita pengisian untuk kelas kali ini. . minggu ini kami belajar cara untuk create a contact form in Dreamweaver using ASP. Step pertama yang perlu dilakukan mesti lah setup/install IIS dulu. IIS stands for Internet Information Server. Kita perlu setup IIS dulu kerana IIS akan membantu kita untuk view project kita di testing server/localhost. Cara setup IIS berbeza mengikut jenis OS yang digunakan untuk komputer itu. Dalam lab, kami belajar untuk install IIS dengan menggunakan windows xp. Manakala, dengan bantuan youtube dan rakan-rakan saya berjaya install IIS di dalam laptop saya yang menggunakan windows 7.

Seterusnya, untuk develop ASP dan PHP didalam dreamweaver, kami perlu setup a site. Site juga boleh dibuat sekiranya anda menggunakan HTML, kerana site akan manage file anda. Hal ini demikian kerana, site adalah koleksi file dan folder yang berkaitan dengan website didalam server. Satu site hanya untuk satu website sahaja. Step seterusnya adalah setup database file dalam microsoft access. Perlu diingat dalam database kita perlu tambah satu item iaitu primary key untuk database yang mana ia akan menjana identiti yang unik untuk setiap data. Satu database hanya untuk satu connection to ASP sahaja. Kemudian, kami perlu setup a connection untuk menghubungkan database dengan asp file. Apabila connection sudah berjaya, kami perlu setup the contact form dengan menggunakan dreanweaver. Layout untuk contact form boleh di design dengan menggunakan kombinasi label, text box dan text area. Properties untuk setiap text fields juga perlu diambil kira mengikut kesesuaian contact form yang ingin dihasilkan. Kemudian, untuk memasukkan data ke dalam database, kami menggunakan insert record. Dalam langkah ini, kami perlu pastikan setiap item dalam text field dimasukkan dengan betul ke dalam ruangan di MS access. Untuk membaca atau view data dari database, recordset perlu dibuat. Disini kami perlu buat satu lagi file asp didalam dreanweaver untuk fungsi view. Selepas itu, menggunakan connection yang telah dibuat sebelum ini, masukkan recordset ke dalam file view.asp. Tambahan lagi, untuk view semua data yang diisi oleh pengguna dalam satu file, repeat region boleh digunakan. Akhir sekali, kami perlu execute the file dan preview di dalam browser.

Ini saja yang saya dapat kongsikan dari apa yang telah saya belajar dalam kelas authoring pada minggu ini. Disini ada sedikit link untuk rujukan . Ini pula link untuk setup IIS menggunakan windows 7. Dan akhir sekali ini link untuk dynamic application dengan MS access.


up