#2 INTRODUCTION TO WEB-BASED DEVELOPMENT

18 September 2012. Hari lahir bonda yang ke-56. Juga kelas kedua untuk subjek authoring system. Seperti biasa kelas ini bermula jam 4.00 petang dan berakhir pada 6.30 petang. Kelas yang selama 2 jam setengah ini aku rasa menarik sebab bukan saja datang dan duduk dengar lecture macam masa kelas degree dulu. Kali ni kami banyak melakukan perbincangan dalam kelas yang membuatkan kelas menjadi lebih interaktif. Tajuk perbincangan untuk kali ini adalah mengenai pebezaan antara webpage, website dan portal, perbandingan antara static website dan dynamic website serta perbandingan antara ASP dan PHP.

Website, Webpage dan Portal

Daripada lecture yang disampaikan oleh Dr.Zaidatun, saya dapat simpulkan maksud bagi website, webpage dan portal. Pertama sekali, website adalah gabungan atau koleksi beberapa laman web, gambar atau video yang boleh di akses melalui internet. Manakala, webpage pula adalah sebuah dokumen yang biasanya ditulis dalam bentuk HTML dan boleh di akses melalui HTTP. HTTP pula adalah protokol yang memindahkan maklumat daripada web server ke web browser seperti yang dilihat oleh pengguna. Kesimpulannya, web page adalah satu laman tunggal manakala website adalah gabungan bagi beberapa web page. Web page adalah lebih simple daripada website.

Seterusnya adalah berkenaan dengan portal. Portal adalah sebuah laman web yang berfungsi sebagai laman utama untuk laman-laman yang lain dan juga dikenali sebagai "start page" yang mudah untuk pautan-pautan laman lain. Biasanya sesebuah portal akan mempunyai banyak pautan seperti kewangan, kesihatan, hiburan email, serta pautan untuk pelbagai apklikasi online yang lain. Contoh bagi portal adalah seperti Yahoo, Portal Jabatan Pelajaran Johor, dan Portal Kementerian Pengajian Tinggi.

Static vs Dynamic Website

Static website adalah sebuah laman web yang tidak memerlukan banyak perubahan. Sekiranya ia memerlukan perubahan, ia perlu dilakukan secara manual dan hanya melibatkan isi kandungannya sahaja. Selain itu, statik website dibuat dari simple HTML dan kemudian akan dimuaturun ke dalam server. Biasanya extension bagi statik website adalah .html atau .htm.

Berbeza dari statik website, dinamik website menggunakan keupayaan "server programming"  berbanding statik yang menggunakan HTML. Dinamik website juga terlibat dengan database. Perubahan kandungan pada dinamik website biasanya akan melibatkan perubahan pada bahagian-bahagian lain akan tetapi ia tidak akan menjejaskan struktur laman web tersebut. 

Untuk mengetahui kelebihan dan kekurangan bagi static dan dinamik website anda boleh ke sini.

ASP dan PHP

Sebelum kelas ini berakhir, kami ada membuat perbandingan antara ASP dan PHP. Disini saya akan kesimpulan daripada hasil perbincangan yang dilakukan dildalam kelas.

ASP
  • work with Microsoft Server
  • run in windows-based (boleh didalam Linux sekiranya ada ASP-Apache program)
  • programming language : visual basic
  • costing : lebih mahal (perlu beli additional tools)
  • flexibility to database connection : cannot connect to MySQL (perlukan MS-SQL)
  • speed : lebih lambat dati PHP
PHP
  • works with Linux/Unix server and NT server
  • run in windows,solaris,Unix and Linux based
  • programming language : C/C++
  • costing : tiada kos. (open source)
  • flexibility to database connection : boleh menggunakan MySQL
  • speed : lebih cepat
Mahukan lebih maklumat mengenai ASP dan PHP anda boleh ke sini dan sini. Rasanya sampai sini saja entry untuk kali ini. Tak sabar menanti untuk kelas yang akan datang dan berkongsi lagi ilmu yang diperoleh. Bye! :D


#1 AUTHORING SYSTEM - 110912

Assalamualaikum wbt.

Lama sudah aku tinggalkan zaman menulis blog ni. Dah tak reti dah rasanya macam mana. By the way, tujuan aku kembali blogging ini adalah kerana ia merupakan salah satu tugasan dalam subjek authoring system. tugasan? subjek? Ya, aku telah membuat keputusan untuk mengambil master dalam bidang teknologi pendidikan. PENDIDIKAN? Ya, aku lompat fakulti. Dari sains komputer ke pendidikan. hehe. Rasa macam nak beralih arah dalam bidang pengajaran. Atas dorongan parent dan rakan-rakan, akhirnya aku kini berada disini. Okay, kembali ke tujuan asal aku menulis blog ini. Authoring system. Kelas kedua yang aku hadiri sebagai pelajar master Teknologi Pendidikan di UTM ni. Pertama sekali aku dengar subjek ni aku tak tahu apa isi kandungan subjek ni. Memandangkan subjek ini adalah subjek core dan rakan-rakan dari fakulti pendidikan kata yang Dr.J ni best, aku pun membuat keputusan untuk mengambil subjek ini pada semester ini. Sebenarnya aku tak kenal pun siapa Dr.J ni, follow saja mereka2 yang dari fakulti pendidikan ini. Tentulah mereka lebih kenal pensyarah dari fakulti mereka daripada aku yang lompat fakulti ni kan. huhu. Tapi bila masuk kelas, pensyarah lain pulak yang masuk dan pensyarah yang mengajar aku sekarang adalah salah seorang pensyarah yang mendorong dan menarik minat untuk menyambung pelajaran dalam fakulti pendidikan iaitu Dr.Zaidatun. Fuhhhh. dah terlebih panjang pulah introduction aku ni. So, sekarang aku nak cerita apa yang aku dapat dalam kelas pertama authoring system ini. Seperti biasa, kelas pertama akan diterangkan mengenai learning outline. Dari learning outline ini, aku dapati subjek ini terbahagi kepada dua bahagian iaitu scripting in Flash (menggunakan Adobe Flash) dan develop interactive web base application using ASP & PHP in  Adobe Dreamweaver. Flash. Sesuatu yang aku tidak tahu dan aku sangat ingin belajar. Jadi aku berasa seronok untuk mula belajar mengenai flash. Akan tetapi, flash merupakan bahagian kedua dalam subjek ini. Bahagian pertama kami akan belajar menggunakan adobe dreamweaver. Sebelum ini aku pernah menggunakan adobe dreamweaver dalam tugasan semasa degree dahulu. Tapiiiii... lupa dah. haha. So, aku kene study balik untuk ingatkan semula apa yang pernah buat dulu. huhu. Selain itu, kami juga diterangkan mengenai tugasan-tugasan yang perlu kami lakukan untuk mendapatkan carry mark yang membawa 70% daripada markah keseluruhan kami untuk subjek ini dan salah satu tugasan adalah membuat blog ini! hehe. Secara keseluruhannya, aku berminat dengan subjek ini dan cara pensyarah yang mengajar. Semoga subjek authoring system ini akan menjadi subjek yang aku gemari serta mudah untuk aku mendapat markah yang tinggi nanti. aminnnnn....

up