#4 REVISION & ASSIGNMENT

Hai2! Minggu keempat. Kejap je dah minggu empat. Rasa macam baru je daftar masuk semalam. hehe. Okay, untuk kelas authoring minggu ini Dr Zaida telah membuat ulangkaji berkaitan kelas yang lepas kerana ramai yang bermasalah dalam tugasan yang diberi minggu lepas. So, Dr Zaida ulang balik lesson minggu lepas yang macam saya cerita dalam ini. Untuk itu, saya tak akan cerita balik la apa yang Dr Zaida dah ajar. Untuk entry kali ini, saya akan cerita mengenai tugasan yang diberikan kepada kami minggu lepas. Tugasan ini adalah tugasan berkumpulan. Kami perlu develop satu page berkenaan registration. Alhamdulillah, kumpulan saya (nadiah, farhah, ana) telah berjaya menyiapkan tugasan ini sebelum dateline walaupun terdapat beberapa masalah yang kami hadapi. 

Dibawah ini adalah registration page untuk kumpulan kami.


Dan ini adalah registration details. (view)


Haaa, cantik tak page kami? Cantik kan? hahaha. Tak cantik pon kene kata cantik gak :p

Kalau perasan, dekat registration details kitorang tu, dari nombor 3 terus lompat nombor 11. hehe. Ceritanya macam ni, masa kami testing untuk page kami ni, pakai hentam je masukkan data merepek. Lepas tu masa nak hantar kat Dr Zaida, kami  kekonon nak delete la data yang merepek tu. Tapi lupa pulak yang database guna ID autonumber. Then, hasilnya jadi la macam tu. haha. Pengajaran untuk lepas2 ni. hehehe

Rasanya itu sahaja yang dapat saya kongsikan disini untuk kali ini. Kami diberitahu untuk kelas seterusnya kami akan belajar mengenai PHP. Masa degree dulu ada lah belajar sikit2 pasal PHP ni. Harap2 masih ada la dalam ingatan. hehehe






0 comments:

Post a Comment


up