#3 ASP - IIS - ACCESS

Oct
Monday,
1,
25 September 2012. Kelas ketiga untuk subjek authoring system. Kali ni aku rasa kelas ini makin best! Walaupun dah lalui hari dengan jadual yang penuh dan penat aku tetap boleh nak fokus dalam kelas. Ni semua kerana usaha gigih dan cara pengajaran Dr.Zaidatun. Seperti yang Dr.Zaida ada sebut dalam kelas, tiada lecturer dari FSKSM akan ajar satu-satu macam dia ajar.I'm impressed! Biasanya kami dalam FSKSM akan mudah lost bila lecturer ajar step2 macam ni. Sebab apa lost? Sebab bila error atau terlepas lecturer tak akan ulang balik dan rakan-rakan pon tak berapa pasti macam mana nak solve. So, aku sangat bersyukur dapat lecturer seperti Dr.Zaida. Thanx a lot! :)

Okay, sekarang kita cerita pengisian untuk kelas kali ini. . minggu ini kami belajar cara untuk create a contact form in Dreamweaver using ASP. Step pertama yang perlu dilakukan mesti lah setup/install IIS dulu. IIS stands for Internet Information Server. Kita perlu setup IIS dulu kerana IIS akan membantu kita untuk view project kita di testing server/localhost. Cara setup IIS berbeza mengikut jenis OS yang digunakan untuk komputer itu. Dalam lab, kami belajar untuk install IIS dengan menggunakan windows xp. Manakala, dengan bantuan youtube dan rakan-rakan saya berjaya install IIS di dalam laptop saya yang menggunakan windows 7.

Seterusnya, untuk develop ASP dan PHP didalam dreamweaver, kami perlu setup a site. Site juga boleh dibuat sekiranya anda menggunakan HTML, kerana site akan manage file anda. Hal ini demikian kerana, site adalah koleksi file dan folder yang berkaitan dengan website didalam server. Satu site hanya untuk satu website sahaja. Step seterusnya adalah setup database file dalam microsoft access. Perlu diingat dalam database kita perlu tambah satu item iaitu primary key untuk database yang mana ia akan menjana identiti yang unik untuk setiap data. Satu database hanya untuk satu connection to ASP sahaja. Kemudian, kami perlu setup a connection untuk menghubungkan database dengan asp file. Apabila connection sudah berjaya, kami perlu setup the contact form dengan menggunakan dreanweaver. Layout untuk contact form boleh di design dengan menggunakan kombinasi label, text box dan text area. Properties untuk setiap text fields juga perlu diambil kira mengikut kesesuaian contact form yang ingin dihasilkan. Kemudian, untuk memasukkan data ke dalam database, kami menggunakan insert record. Dalam langkah ini, kami perlu pastikan setiap item dalam text field dimasukkan dengan betul ke dalam ruangan di MS access. Untuk membaca atau view data dari database, recordset perlu dibuat. Disini kami perlu buat satu lagi file asp didalam dreanweaver untuk fungsi view. Selepas itu, menggunakan connection yang telah dibuat sebelum ini, masukkan recordset ke dalam file view.asp. Tambahan lagi, untuk view semua data yang diisi oleh pengguna dalam satu file, repeat region boleh digunakan. Akhir sekali, kami perlu execute the file dan preview di dalam browser.

Ini saja yang saya dapat kongsikan dari apa yang telah saya belajar dalam kelas authoring pada minggu ini. Disini ada sedikit link untuk rujukan . Ini pula link untuk setup IIS menggunakan windows 7. Dan akhir sekali ini link untuk dynamic application dengan MS access.

0 comments:

Post a Comment


up