Assalamualaikum wbt.
Lama sudah aku tinggalkan zaman menulis blog ni. Dah tak reti dah rasanya macam mana. By the way, tujuan aku kembali blogging ini adalah kerana ia merupakan salah satu tugasan dalam subjek authoring system. tugasan? subjek? Ya, aku telah membuat keputusan untuk mengambil master dalam bidang teknologi pendidikan. PENDIDIKAN? Ya, aku lompat fakulti. Dari sains komputer ke pendidikan. hehe. Rasa macam nak beralih arah dalam bidang pengajaran. Atas dorongan parent dan rakan-rakan, akhirnya aku kini berada disini. Okay, kembali ke tujuan asal aku menulis blog ini. Authoring system. Kelas kedua yang aku hadiri sebagai pelajar master Teknologi Pendidikan di UTM ni. Pertama sekali aku dengar subjek ni aku tak tahu apa isi kandungan subjek ni. Memandangkan subjek ini adalah subjek core dan rakan-rakan dari fakulti pendidikan kata yang Dr.J ni best, aku pun membuat keputusan untuk mengambil subjek ini pada semester ini. Sebenarnya aku tak kenal pun siapa Dr.J ni, follow saja mereka2 yang dari fakulti pendidikan ini. Tentulah mereka lebih kenal pensyarah dari fakulti mereka daripada aku yang lompat fakulti ni kan. huhu. Tapi bila masuk kelas, pensyarah lain pulak yang masuk dan pensyarah yang mengajar aku sekarang adalah salah seorang pensyarah yang mendorong dan menarik minat untuk menyambung pelajaran dalam fakulti pendidikan iaitu Dr.Zaidatun. Fuhhhh. dah terlebih panjang pulah introduction aku ni. So, sekarang aku nak cerita apa yang aku dapat dalam kelas pertama authoring system ini. Seperti biasa, kelas pertama akan diterangkan mengenai learning outline. Dari learning outline ini, aku dapati subjek ini terbahagi kepada dua bahagian iaitu scripting in Flash (menggunakan Adobe Flash) dan develop interactive web base application using ASP & PHP in Adobe Dreamweaver. Flash. Sesuatu yang aku tidak tahu dan aku sangat ingin belajar. Jadi aku berasa seronok untuk mula belajar mengenai flash. Akan tetapi, flash merupakan bahagian kedua dalam subjek ini. Bahagian pertama kami akan belajar menggunakan adobe dreamweaver. Sebelum ini aku pernah menggunakan adobe dreamweaver dalam tugasan semasa degree dahulu. Tapiiiii... lupa dah. haha. So, aku kene study balik untuk ingatkan semula apa yang pernah buat dulu. huhu. Selain itu, kami juga diterangkan mengenai tugasan-tugasan yang perlu kami lakukan untuk mendapatkan carry mark yang membawa 70% daripada markah keseluruhan kami untuk subjek ini dan salah satu tugasan adalah membuat blog ini! hehe. Secara keseluruhannya, aku berminat dengan subjek ini dan cara pensyarah yang mengajar. Semoga subjek authoring system ini akan menjadi subjek yang aku gemari serta mudah untuk aku mendapat markah yang tinggi nanti. aminnnnn....
0 comments:
Post a Comment